Monday, December 28, 2009

penat...

salam...
Sedikit cemuhan @ bebai.... huhuhu...
Mlm ni terpaksa bergegas ke A.setar(shahab perdana) untuk menghandle 1 program berkaitan dengan kerja... sungguh memenatkan.... xtau la kul brapa bley balik mlm ni... mybe tgh mlm baru smpai rumah kot.. huhuhhu.... ari ahad kemarin baru ja lepas 1 perasmian new branch di beseri perlis...... huh.. penat nak mampos ni...... pastu nak kena p shahb plak mlm ni... hmmm.. xtau la... esoknya mybe kena p perlis plak... untuk hndle program kat sana plak... pastu balik ke s.p plak... adoi... penat sungguh... xtau la....

huuuuummm... kenapa la sush bebenar ya.....
rasa mcm nak balik terus ja skrg ni.. huhuhu..
dah la nak kena p naik mtor ni...
aduh.. penat kot... lenguh punggung ni...
dahla mai keja pun dah tunggang motr dah..
pastu nak p shahab plak jap g..
hmmmm.... memg lenguh r...
ada keta kan senang... xlenguh2.. huhuhu..

mimpi yg belum pasti.. hahahahaha....

Thursday, December 24, 2009

Tagged....

24 disember 2009

Hari-hari yang biasa dan agak suram….. huhuhuu…

Kerja seperti macam xbekerja… hanya mengmbil laporan dari cawangan… dan menelefon untuk perasmian cawanagan baru di perlis… hasratku ingin menghntar resume pada hari ini tidaj kesampaian,,… huhuhuhu…. Tgk tempat yg nak antr resume tu macam bukan office ja… hahahahaha… sedih sgt….. tapi setelah difikirkan, suasana kerja n suasana tempat persekitaran usah dikira sgt… huhuhuhu.. mungkin ku akan cuba di lain hari untuk menggagahkan diriku menghntar resume tu… hahahahaha.. bahasa buku sgt… hahahhaha….

5.30ptg: pergi ke ekspo belia kedah di taipan sguare sg.petani…. berjalan keseorangan… hahaha,… saja jln2 tgk apa yg best kat ctu…. Apapun ekspo tu memg bnyak brg yg agak murah… rasa nak beli ja.. tapiiii… huhuhu…. Duit xcukup… mybe esok p tgk plak kot… hahahahaha…

Berdebat....

salam perjuangan...

kepada sahabt2 yg menggunakan laman sosial tagged, khususnya yang sedang berdebat di dalam gruop barisan nasional.... huhuhhu.. sungguh panas isu di dalam tu... macam2 kerenah yang ada.... sepanjang seminggu saya aktifkan kembali tagged saya tu..... dan setelah di syorkan oleh kawan saya supaya memberi komen di dlam group tu... saya menyahutnya dgn hati ygsedikit tercabar( sbb tgk komen kat dlm gruop tu melampau2)...... kepada yg belum join gruop tu try la join.. heheheh( tapi better xyah join k)... akn menyesatkan lagi..... ini bukan fitnah.. tetapi realiti... ahahahaha....

apa2 pun... bagi diri yang lemah ini ingin berkongsi dgn shbt2.... sebrg perbuatan di atas muka bumi ini perlulah dipikirkan dgn otak yg waras dan mempunyai fakta2 yang kukuh... sebelum berdebat dgn org, kita perlu kaji, org yg ingin kita berdebat tu menggunkan ayt2 Al-quran ataupun menggunkn fakta dari pemikiran sendiri or para pujangga..... mengikut kuliah yg saya dengar dari ust... "kalau berdebat:jika orang membalas dgn ayt Al-quran, kita baru membalasnya dgn ayt Al-quran jgk, tetapi jika menggunkn pemikiran, haruslah membalasnya dgn pemikiran kita sahaja..."

jadi... segala perdebatan yg berlaku di gruop(tagged) haruslah dipikirkan n dikaji sblm membuat komen......



Sunday, December 20, 2009

kembali....

salam....
kepada semua sahabat2 yang mengenali saya....
selamat bertemu kembali...
lama dah x update bpog ni.. huhuhu..
xda masa...
so... sekarang baru ada masa untuk melihat balik blog ni....
so.... insyaAllah akan terus di update....

Thursday, January 22, 2009

hapuskan air mata palestin...



210109... saya rasa terharu dengan sambutan yang diberikan ketika program "Hapuskan Air Mata Palestin" yang di anjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN), sebuah persatuan yang dahulunya dikenali dengan AJK surau, yang mula bergerak kehadapan dengan iman yang kukuh, dengan sokongan daripada semua pihak dan tenaga penggerak yang begitu komited menjalankan tugas... Tahniah IMAN.... bertapak di UiTM Kedah yang mempunyai pelajar yang kurang lebih 4000 orang....[serba sedikit tentang IMAN]

Apa yang berlaku pada 210109??
Bermula dari pagi hari tersebut, penggerak-penggerak IMAN telah sibuk dengan pameran yang dipamerkan di dataran court yart. Dengan kertas yang bertulis,pen berdakwat,produk-produk yang dipamerkan,cakera padat yang berdata, komputer riba yang penuh dengan maklumat dan tenaga yang masih segar di pagi hari... menjadikan suasana keheningan dan kedinginan pagi dipecahkan dengan suara-suara yang menarik pelajar-pelajar lain untuk melihat. Tayangan video tentang palestin yang dipancarkan melalui 2 buah television sudah menggamit pengunjung ke tapak pameran....

Ramai yang datang dengan perasaan ingin tahu tentang isu palestin telah menampakkan keprihatinan pelajar-pelajar tentang penderitaan rakyat palestin yang tertindas atas kekejaman israel laknatuAllah... Dengan pendedahan tentang kisah pencerobohan palestin, video-video tentang kekejaman israel membuatkan ada pelajar yang terharu, ada yang menitiskan air mata, dan ada yang tak sanggup melihat kekejaman israel terhadap umat islam di palestin...

Tidak ketinggalan, terdapat juga pameran yang memaparkan sebilangan produk yang buatan sekutu Amerika dan Israel yang perlu diboikot, yang perlu dibuang terus dalam pemikiran manusia agar hasil keuntungan dari produk-produk tersebut tidak disalurkan untuk membantu Israel laknatuAllah...[senarai barang yang perlu diboikot ada di post sebelum ini] Alternatif yang ada untuk menggantikan barang-barang ini juga dipamerkan, antaranya barangan hpa,mamee,gardenia,dan lain-lain lagi...

Hamir 1000 pengunjung yang hadir dari pagi hingga ke sebelah malam, ini terbukti dengan risalah yang dicetak hampir 1000 habis diambil oleh pengunjung.Pegunjung yang datang tampa putus-putus membuatkan saya sendiri agak keberatan untuk meninggalkan tempat pameran tersebut kerana ia memberi semangat yang lain dari yang lain. Ini kerana sebelum ini, sepanjang saya berada didalam komuniti IMAN ini, perkara sedemikian tidak pernah saya rasai. Ini satu perubahan yang memang ketara di dalam IMAN itu sendiri... Tahniah IMAN...

Di sebelah malamnya pula, terdapat pengisian tentang Palestin yang disampaikan oleh wakil dai Aman Palestin(ust Lutfi) bertempat di dewan sarjana 2, bermula dengan bacaan Al-fatihah dan diikuti dengan ceramah oleh penceramah jemputan.Pengisian yang diselang dengan slide show oleh penceramah membuatkan suasana dewan terpaku, terharu, dan sedih kerana gambar-gambar yang ditayangkan memang menyentuh hati. saya agak terharu apabila penceramah mengakhiri ceramahnya dengan 2 kisah yang menyentuh perasaan.


Program "Hapuskan Air Mata Palestin" diakhiri dengan laungan menentang kekejaman israel oleh presiden IMAN (sdr. Hafizuddin) di dalam dewan sarjana 2....sepanjang program ini bermula, kutipan bagi membantu rakyat Palestin juga dijankan. Dan sepanjang kutipan dijalankan pihak IMAN mendapat sumbangan daripada pelajar sebanyak kurang lebih 6000...

Post moterm dari program ini mendapati program ini berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki oleh persatuan dan yang paling penting ialah sifat tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar UiTM kedah khususnya AJK IMAN yang banyak membari sumbangan tenaga dan juga kepada ad hoc di setiap AJK IMAN itu sendiri.. Daripada pandangan saya sendiri mendapati, program ini sikit sebanyak dapat meyedarkan masyarakat UiTM Kedah tentang penderitaan yang dihadapi oleh rakyat palestin dan juga kerjasama yang dimainkan oleh setiap AJK memeng memuaskan.. Tahniah IMAN....saya akan sentiasa memberi kepada sahabat-sahabat yang brada dalam IMAN bagi meneruskan dakwah Islamiah,memakmurkan masyarakat UiTM Kedah dengan ISLAM.... TAHNIAH IMAN.... TAKBIR...

Wednesday, January 7, 2009

BARANGAN YANG PERLU DI BOIKOT....

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika..


Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince

Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI


Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ,KFC Produk :Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper

Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.


Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips

Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem

Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.


Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour, Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca

Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.


Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik

Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.


Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette

Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.


Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu. Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik

Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.


Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine

Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.


Syarikat : IBM

Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.


Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson

Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan Lo real dan menganggap mereka sahabat akrab.


Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer

Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.


Syarikat : Est Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila

Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.


Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins

Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.


Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex

Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.


LAIN-LAIN SYARIKAT


Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic