Thursday, January 22, 2009

hapuskan air mata palestin...



210109... saya rasa terharu dengan sambutan yang diberikan ketika program "Hapuskan Air Mata Palestin" yang di anjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Dinamis (IMAN), sebuah persatuan yang dahulunya dikenali dengan AJK surau, yang mula bergerak kehadapan dengan iman yang kukuh, dengan sokongan daripada semua pihak dan tenaga penggerak yang begitu komited menjalankan tugas... Tahniah IMAN.... bertapak di UiTM Kedah yang mempunyai pelajar yang kurang lebih 4000 orang....[serba sedikit tentang IMAN]

Apa yang berlaku pada 210109??
Bermula dari pagi hari tersebut, penggerak-penggerak IMAN telah sibuk dengan pameran yang dipamerkan di dataran court yart. Dengan kertas yang bertulis,pen berdakwat,produk-produk yang dipamerkan,cakera padat yang berdata, komputer riba yang penuh dengan maklumat dan tenaga yang masih segar di pagi hari... menjadikan suasana keheningan dan kedinginan pagi dipecahkan dengan suara-suara yang menarik pelajar-pelajar lain untuk melihat. Tayangan video tentang palestin yang dipancarkan melalui 2 buah television sudah menggamit pengunjung ke tapak pameran....

Ramai yang datang dengan perasaan ingin tahu tentang isu palestin telah menampakkan keprihatinan pelajar-pelajar tentang penderitaan rakyat palestin yang tertindas atas kekejaman israel laknatuAllah... Dengan pendedahan tentang kisah pencerobohan palestin, video-video tentang kekejaman israel membuatkan ada pelajar yang terharu, ada yang menitiskan air mata, dan ada yang tak sanggup melihat kekejaman israel terhadap umat islam di palestin...

Tidak ketinggalan, terdapat juga pameran yang memaparkan sebilangan produk yang buatan sekutu Amerika dan Israel yang perlu diboikot, yang perlu dibuang terus dalam pemikiran manusia agar hasil keuntungan dari produk-produk tersebut tidak disalurkan untuk membantu Israel laknatuAllah...[senarai barang yang perlu diboikot ada di post sebelum ini] Alternatif yang ada untuk menggantikan barang-barang ini juga dipamerkan, antaranya barangan hpa,mamee,gardenia,dan lain-lain lagi...

Hamir 1000 pengunjung yang hadir dari pagi hingga ke sebelah malam, ini terbukti dengan risalah yang dicetak hampir 1000 habis diambil oleh pengunjung.Pegunjung yang datang tampa putus-putus membuatkan saya sendiri agak keberatan untuk meninggalkan tempat pameran tersebut kerana ia memberi semangat yang lain dari yang lain. Ini kerana sebelum ini, sepanjang saya berada didalam komuniti IMAN ini, perkara sedemikian tidak pernah saya rasai. Ini satu perubahan yang memang ketara di dalam IMAN itu sendiri... Tahniah IMAN...

Di sebelah malamnya pula, terdapat pengisian tentang Palestin yang disampaikan oleh wakil dai Aman Palestin(ust Lutfi) bertempat di dewan sarjana 2, bermula dengan bacaan Al-fatihah dan diikuti dengan ceramah oleh penceramah jemputan.Pengisian yang diselang dengan slide show oleh penceramah membuatkan suasana dewan terpaku, terharu, dan sedih kerana gambar-gambar yang ditayangkan memang menyentuh hati. saya agak terharu apabila penceramah mengakhiri ceramahnya dengan 2 kisah yang menyentuh perasaan.


Program "Hapuskan Air Mata Palestin" diakhiri dengan laungan menentang kekejaman israel oleh presiden IMAN (sdr. Hafizuddin) di dalam dewan sarjana 2....sepanjang program ini bermula, kutipan bagi membantu rakyat Palestin juga dijankan. Dan sepanjang kutipan dijalankan pihak IMAN mendapat sumbangan daripada pelajar sebanyak kurang lebih 6000...

Post moterm dari program ini mendapati program ini berjaya mencapai matlamat yang dikehendaki oleh persatuan dan yang paling penting ialah sifat tanggungjawab yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar UiTM kedah khususnya AJK IMAN yang banyak membari sumbangan tenaga dan juga kepada ad hoc di setiap AJK IMAN itu sendiri.. Daripada pandangan saya sendiri mendapati, program ini sikit sebanyak dapat meyedarkan masyarakat UiTM Kedah tentang penderitaan yang dihadapi oleh rakyat palestin dan juga kerjasama yang dimainkan oleh setiap AJK memeng memuaskan.. Tahniah IMAN....saya akan sentiasa memberi kepada sahabat-sahabat yang brada dalam IMAN bagi meneruskan dakwah Islamiah,memakmurkan masyarakat UiTM Kedah dengan ISLAM.... TAHNIAH IMAN.... TAKBIR...

No comments: